CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar TINGKATAN 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. SELAMAT BELAJAR. SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN.

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

Sunday, August 16, 2009

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957



Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959

1. Rombongan Kemerdekaan

Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan




Anggota rombangan terdiri daripada 2 kumpulan iaitu

i. WAKIL RAJA-RAJA MELAYU

a. Dato Panglima Bukit Gantang
b. Abdul Aziz Othman
c. Dato Mohd Seth
d. Dato Nik Ahmed Kamil



Gambar di atas menun jukkan rombongan Parti Perikatan yang pertama ke London pada tahun 1953 untuk membincangkan soal pilihanraya. Kelihatan Tunku Abdul Rahman, T.H Tan dan seorang Ahli Parmilen Britian.
ii. WAKIL PARTI PERIKATAN

a. Tunku Abdul Rahman
b. Tun Dr Ismail
c. Tun H.S Lee
d. Tun Abdul Razak Hussein



Gambar menunjukkan perarakan kemerdekaan di bandar Hilir,Melaka

Perjanjian London 1956 (Syarat-Syarat)

Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957
Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdeka
Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat
Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tangani
Raja berpelembagaan dikekalkan
Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

Tarikh Merdeka



Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London

Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman

Anggota Suruhanjaya Reid:-
1. Pengerusi : Lord William Reid
2. Ahli
Sir Ivor Jennings( England)
Sir William Mckel (Australia)
Tuan B Malik (India)
Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Sunday, July 19, 2009

BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN



Jawatankuasa Hubungan antara Kaum ( CLC)

Anggota- seorang wakil daripada setiap kaum iaitu:-
UMNO Dato Onn Jaafar
MCA Tun Tan Cheng Lock
Kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.
Pengerusi Dato E.E.C Thuraisingan.
Penasihat Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara

Hasil Kompromi UMNO-CLC

Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu
Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaum
Konferensi Nasional diadakan pada 1954 oleh British antara IMP dan Parti Negara bermatlamat untuk melahirkan kerjasama politik
Konvensi Nasional diadakan pada Ogos 1954 antara UMNO, MCA dan MIC yang membawa kepada penubuhan parti perikatan serta mendapat kerjasama parti PAS
Konvensi dan Konferensi bermatlamat mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum dan membincangkan peri pentingnya pilihanraya

Sunday, May 17, 2009

TINGKATAN 3 : BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT



3.1 Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas Komunis
Fahaman Komunis (Karl Marx) – fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis untuk digantikan dengan fahaman komunis yang mendakwa perjuangkan. Masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

Cara penyusupan
1. menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina
2. melaluikesatuan sekerja
3. persatuan-persatuan
4. kelas-kelas malam dan penerbitan
5. orang Melayu menerusi PKI tetapi gagal.




Penubuhan PKM(1930 )Bertujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada tahun 1935 jadi semakin aggresif dengan melancarkan mogok, sabotaj dan tunjuk perasaan. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan British menentang Jepun.Mereka telah membentuk MPAJA. Selepas tamat Perang Dunia Kedua , PKM setuju membubar MPAJA tetapi tidak menyerahkan kesemua senjata dan mula menyusup dalam kesatuan sekerja.



Keganasan Komunis (untuk capai matlamatnya)Komunis telah menyerang ladang/lombong milik Eropah. Mereka juga telah menyerang balai polis , membakar kilang , merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang disyaki bersubahat dengan pihak British



3.2 Langkah Membanteras 00Ancaman Komunis .
1.Pengisytiharan Darurat -1948(Undang-undang Darurat).Pengharaman Parti Komunis . Malaya(23Julai 1948) dan Parti Berhaluan Kiri (AWAS,PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin.
2.Memperbesar Pasukan Keselamatan. Pasukan polis ditambah sehingga 70,000 orang.British telah membawa masuk askar negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji). Menubuhjan Pasukan Home Guard.
3.Rancangan Briggs (1950). Melalui penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampung baru bertujuan menyekat bantuan mereka (Min Yuen)kepada pihak komunis.“Gerakan Kelaparan”,sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.



4.Perang Saraf,Kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis” Konsep “kawasan hitam” dan“kawasan putih” diperkenalkan.
5.Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik sokongan kaum Cina .Jumlah hadiah ditingkatkan. Timbulkan perasaan benci terhadap komunis
6.Pengampunan Beramai-ramai , 40 juta risalah / 12 juta pas pengampunan diedarkan Radio siar syarat pengampunan - Pertemuan Baling telah diadakan. Pengaruh Komunis semakin lemah setelah Tanah Melayu capai kemerdekaan . Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960



Pemergian Shamsiah Fakeh




KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kondominium Tropicana, Jalan Kuchai Lama di sini, semalam. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi di sisi dua anaknya selepas tidak sedarkan diri sejak malam kelmarin. Anak ketiganya, Jamaluddin Ibrahim, 46, berkata Shamsiah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 24 September lalu akibat jangkitan paru-paru dan dibenarkan keluar, Sabtu lalu.

“Keadaannya baik pada hari pertama di rumah, namun semakin lemah dan tidak sedarkan diri semalam (kelmarin). Kami menghubungi ambulans selepas dia masih tidak sedarkan diri pagi tadi (semalam) dan dia disahkan meninggal dunia jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi selepas solat Asar. Allahyarham mula aktif dalam gerakan nasionalis sekitar 1945 dan 1946 dengan menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta dilantik sebagai ketua sayap wanita parti itu.

Sayap wanita PKKM itu kemudian ditukar nama kepada Angkatan Wanita Sedar (Awas) bagaimanapun diharamkan di bawah Undang-Undang Darurat yang diisytiharkan British di seluruh Malaya pada 20 Jun 1948, untuk menyekat kegiatan politik radikal dan berhaluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Ekoran itu, Shamsiah dan beberapa pemimpin PKMM melarikan diri ke hutan di Benta, Pahang untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM yang melancarkan perang gerila terhadap kerajaan British. Peperangan gerila itu bermula selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 dan hanya berakhir selepas Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dengan PKM dan Kerajaan Thailand pada 2 Disember 1989. Jawatan terakhir yang dipegang Shamsiah dalam PKM ialah sebagai pemimpin Rejimen 10 (sayap Melayu).

Ketika di hutan, Shamsiah yang turut bertanggungjawab menerbitkan akhbar Pencinta Tanah Air dan rakannya bergerak sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand pada 1953 dalam melaksanakan misi perjuangan mereka. Shamsiah bersama suaminya Ibrahim Mohamad dihantar ke China pada 1958 untuk belajar bagi melancarkan usaha merekrut orang Melayu dan dilayan sebagai tetamu kehormat Parti Komunis China. Beliau bagaimanapun dipecat daripada PKM disebabkan perubahan dalam perjuangan dalaman parti itu pada 1968. Berikutan itu, Shamsiah dan suami diberi perlindungan politik, namun tidak mempunyai kewarganegaraan di Beijing dan meneruskan hidup dengan bekerja di kilang besi serta memberi khidmat kepakaran bahasa Melayu kepada Radio Beijing dan Institut Bahasa Asing Beijing. Shamsiah dan suami bersama tiga anak lelaki mereka akhirnya diberi pengampunan oleh Kerajaan Malaysia selepas Perjanjian Damai dengan PKM pada 1989 dan pulang ke negara ini pada 1994. Ibrahim meninggal dunia di sini pada 2006.

Sumber: Berita Harian

Friday, May 8, 2009

TINGKATAN1 BAB 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA





Objektif Pengajaran

1. MENERANGKAN MAKSUD KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM
2. MEMBERIKAN CIRI-CIRI DAN MELABELKAN LOKASI KERJAAN TERSEBUT.
3. MEMERIHALKAN SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM

CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA



1. KERAJAAN FUNAN



TERAWAL DI ASIA TENGGARA
*BERPUSAT DI VYADHAPURA
*RAJA PERTAMA KAUDINYA(KURUNG BNAM)
*FAN SHIH MAN ADALAH JENERAL AGUNG
*PELABUHAN UTAMA IALAH OC -EO
*SG.MEKONG NADI UTAMA



KERAJAAN ANGKOR



TERLETAK DI HILIR SG MEKONG
*KAW.PERTANIAN UTAMA DISEKITAR TASIK TONLE SAP
*RAJA DIANGGAP SEBAGAI DEVARAJA
*GEMILANG SEMASA RAJA SURYA VARMAN II
*HINDU BUDDHA AGAMA UTAMA




KERAJAAN CHAMPA



DIASASKAN OLEH CHU- LIEN
*DIPENGARUHI AGAMA HINDU
*PELABUHAN TERKENAL INDERAPURA
*DITERAJUI OLEH BHADRAVARNOM

KERAJAAN CHIH TU

BERMAKSUD ‘TANAH MERAH’
*DIASAKANOLEH RAJA GUATAMA
*DIPENGARUHI OLEH AGAMA HINDU

CIRI-CIRI KERAJAAN MARITIM



1. KERAJAAN SRIVIJAYA (KURUN KE 7 M)


Srivijaya or Sriwijaya was an ancient Hindu kingdom on the island of Sumatra Southeast Asia which influenced much of the Malay Archipelago. 'Sri'is a Sanskrit title of verenation and vijaya means victory. The current Malay population of today is in much denial about Srivijaya's Hindu and Indian roots. The very name of the empire is Indian. Indian language, art,archietecture, religion and cuisine were all absorbed by the locals. Before the arrival of Indians, the natives of the Malay Peninsula had no language or culture. In fact it was Indians who taught them to eat with their fingers and communicate with a proper language. Which today has evolved into Malay.\



After Srivijaya fell, it was largely forgotten and so historians had never considered that a large united kingdom could have been present in Southeast Asia. The existence of Srivijaya was only formally suspected in 1918 when French historian George Coedès of the École française d'Extrême-Orient postulated the existence of the empire. Around 1992 and 1993, Pierre-Yves Manguin proved that the centre of Srivijaya was along the Musi River between Bukit Seguntang and Sabokingking (situated in what is now the province of South Sumatra, Indonesia).

BERPUSAT DI PALEMBANG
*RAJA DIANGGAP “RAJA DIGUNUNG “DAN “MAHARAJA DI PULAU”
*TIGA BAHAGIAN PENTADBIRAN: PENTADBIRAN DIRAJA,PENTADBIRAN KETENTERAAN DAN PENTADBIRAN DAERAH
*MENGUASAI SELAT MELAKA,SELAT SUNDA DAN LAUT JAWA

2. KEDAH TUA (KURUN KE 5 M)



DIKENALI SEBAGAI KATAHA DAN CHEH-CHA
*PELABUHAN UTAMA SG.MAS DAN LEMBAH BUJANG
*DIPENGARUHI AGAMA BUDDHA DAN HINDU
*GUNUNG JERAI SEBAGAI PANDUAN PEDAGANG



3. MAJAPAHIT (DIASASKAN PADA 1292M)




DIASASKAN OLEH RADEN WIJAYA
*MENERIMA PENGARUH HINDU BUDDHA
*PENTADBIRAN BERASASKAN UNDANG-UNDANG MANU
*MENGAMALKAN KONSEP DEVARAJA
*GEMILANG SEMASA PEMEINTAHAN HAYAM WURUK DAN PERDANA MENTERI PATIH GAJAH MADA
*PELABUHAN UTAMA KATAHA DAN TEMASIK

ajapahit - Leaderships and kings
Majapahit was an indianized kingdom based in eastern Java between 1293 and 1500. The greatest ruler was Hayam Wuruk around 1350 to 1389 marked the empire's peak when it dominated other kingdoms in Southern Malay (Peninsula), Borneo, Sumatra, Bali and the Philippines. It was the last of the great Hindu empires of the Malay Archipelago.

Kertarajasa, als known as Wijaya was the founder of the Majapahit empire. Wijaya ascended the throne as the first king of Majapahit in 1293 AD. Some of his most trusted men set rebellion against the king, but they all died in misery. Wijaya died in 1309 AD. His son, Jayanegara, whose mother was a Malay princess, succeeded him. He was not a good king, because he was willing to take his stepsisters as wifes. He was called "Kala Gemet" or "Weak villain". Jayanegary was murded by his surgeon on 1328 AD. Then the daughter of his stepmother, Tribhuwana, became the queen of Majapahit. During her rule Majapahit grew to be a great kingdom and famous on all the seas on the Archipelago and abroad. She ruled untill her mother's death in 1350 AD. Then her son Hayam Wuruk ascended the throne.

Gajah Mada, an ambitious Majapahit primeminister and regent from 1331 to 1364 AD, extended the empire's rule to include most of the present day Indonesia.


external image temple_Hayam_Wuruk.jpg
This temple is a memory of Hayam Wuruk, the greatest ruler of Majapahit.

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAN AWAL

DIPENGARUHI OLEH HINDU DAN BUDDHA
PEMERINTAH BERKUASA MUTLAK
RAJA SEBAGAI KETUA NEGARA,KETUA AGAMA,KETUA TENTERA.
RAJA MENGUASAI EKONOMI
RAJA MEMBINA SISTEM PENGAIRAN DAN TERUSAN

Thursday, April 30, 2009

Malayan Union dan Persekutuan




2.1.Tanah Melayu selepas Kekalahan Jepun

Tanah Melayu dikuasai PKM selama 14 hari.
Pentadbiran Tentera British.

Keganasan 14 hari.

Berlaku kekosongan politik selepas kekalahan Jepun.
PKM ambil alih pentadbiran.
Banyak bandar besar dikuasai PKM.
Banyak keganasan berlaku.
Wujud ketegangan kaum.
Usaha pemimpim melayu mengembalikan pentadbiran / menghentikan keganasan

Pentadbiran Tentera British

Ketibaan British ditanah Melayu.
Laksanakan PTB/BMA.
Tujuan PTB dilaksanakan.
Keamanan dapat dipulihkan.

2.2 Malayan Union

Diistiharkan pada 1 April 1946
Diketuai Gebenor British.
Menggantikan PTB.

Ciri-ciri Malayan Union

Gabungan 11 buah negeri.
Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan
Diketuai Gabenor
Warganegara –Jus soli
Raja-raja-mengawal agama dan adat melayu
Negeri diketuai seorang pesuruhjaya
Parlimen British – Pemutus undang-undang

Faktor menentang



Penghapusan kedaulatan raja-raja Melayu
Tamadun Melayu terhakis
Kerakyatan terlalu liberal
Tindakan Sir Harold MacMichael

Menyokong

Segelintir kumpulan Melayu radikal menyokong.
Kumpulan yang menyokong
Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Barisan Tani Malaya (BATAS)

Cara Penentangan

Penentangan Individu
Penentangan Melalui Akhbar
Langkah kolektif orang melayu



Penentangan Individu

Perjuangan Dato’ Onn Jaafar
Perjuangan raja-raja melayu
Bekas pegawai British.

Penentangan melalui Akhbar

Akhbar yang mengambil bahagian
Isi-isi penulisan.

Langkah Kolektif orang Melayu

Mengadakan demontrasi
Penglibatan persatuan-persatuan melayu peringkat negeri.
Menghantar telegram.
Surat bantahan.
Kongres Melayu- 1 hingga 4 Mac 1946
Kongres Melayu – 30-31 Mac 1946

Friday, March 27, 2009

SEJARAH TINGKATAN2: KEDUDUKAN YANG STRATIGIK MENDORONG CAMPURTANGAN BRITISH




1. PERTAPAKAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS DI PULAU PINANG

PULAU PINANG MENJADI PANGKALAN SHTI.
SEBAB SHTI MEMERLUKAN PULAU PINANG:
a.SEBAGAI PUSAT PENGUMPULAN BARANG- SHTI MEMERLUKAN TEH DARI CHINA
b.PELABUHAN PERSINGGAHAN- MENDAPATKAN BEKALAN AIR, MAKANAN DAN MEMBAIKI KAPAL SERTA TEMPAT BERLINDUNG DARIPADA TIUPAN ANGIN MONSON
c.PANGKALAN TENTERA- MEMPERTAHANKAN INDIA DARI SERANGAN PERANCIS

KEDAULATAN KEDAH TERCABAR

KEDAH MENGHADAPI ANCAMAN DARIPADA:

1.BUGIS – PEREBUTAN TAKHTA BERLAKU SERTA PERLANTIKAN TUNKU ABDULLAH SEBAGAI RAJA MUDA TIDAK DIPERSETUJUI KERABAT DIRAJA KEDAH KERANA BUKAN “ANAK GAHARA”.KERABAT MEMINTA BANTUAN BUGIS YANG DIKETUAI OLEH RAJA HAJI DAN MENYERANG KEDAH
2.SIAM – MENUNTUT KEDAH MENGHANTAR UFTI BUNGA EMAS DAN MENGANCAM KEDAH. SULTAN KEDAH TERPAKSA MEMINTA BANTUAN SHTI
3.ANCAMAN BURMA – KEDAH JUGA MENGHADAPI ANCAMAN DARIPADA BURMA

4. TIPU HELAH FRANCIS LIGHT BAGI MENDAPATKAN PULAU PINANG

BERSAING DENGAN BELANDA YANG MENGAMALKAN DASAR MONOPOLI
MENANDATANGANI PERJANJIAN INGGERIS – KEDAH DENGAN SULTAN ABDULLAH PADA TAHUN 1786

SYARAT PERJANJIAN:
* SHTI MEMBANTU KEDAH SEKIRANYA DISERANG MUSUH
* SHTI TIDAK BOLEH MELINDUNGI MUSUH KEDAH
* SHTI AKAN MEMBAYAR SEBANYAK 30.000 DOLAR KEPADA SULTAN SEBAGAI
PAMPASAN

5. SHTI MUNGKIR JANJI

•PADA TAHUN 1786 SIAM MENGANCAM KEDAH
•SULTAN MEMINTA BANTUAN INGGERIS
•SHTI ENGAN MEMBANTU ATAS ALASAN TIDAK TERLIBAT DENGAN PERJANJIAN
•SULTAN ABDULLAH MERASA TERTIPU DAN INGIN MENYERANG SHTI
•FRANCIS LIGHT TERLEBIH DAHULU MENYERANG SEBERANG PRAI

6.SHTI MENGAMBIL SEBERANG PERAI

SEBAB SHTI MEMERLUKAN SEBERANG PERAI IALAH:

•BENTENG PERTAHANAN
•UNTUK BERCUCUK TANAM

PERJANJIAN PERSAHABATAN DAN PERIKATAN 1800

SYARAT PERJANJIAN:
•SULTAN KEDAH MENYERAHKAN SEBERANG PERAI
•SHTI AKAN MEMBAYAR 10.000 DOLAR SEPANYOL SETAHUN BAGI PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI

PERJANJIAN BURNEY 1826

SYARAT-SYARAT

1.BRITISH MENGIKTIRAF KETUANAN SIAM TERHADAP KEDAH
2.SULTAN KEDAH TIDAK DIBENARKAN TINGGAL DI KEDAH, PULAU PINANG, SEBERANG PERAI, PERAK, SELANGOR DAN BURMA
3.BRITISH TIDAK AKAN MEMBANTU SULTAN KEDAH MENYERANG SIAM DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
4.BRITISH AKAN MENGHANTAR BALIK SULTAN KEDAH YANG BERLINDUNG DI PULAU PINANG KE KEDAH DAN KEDAH HENDAKLAH MENGHANTAR UFTI BUNGA EMAS
5.SIAM MENGIKTIRAF PENDUDUKAN BRITISH DI PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI
PERISTIWA MENGIKUT KRONOLOGI

•1771 – SULTAN MUHAMMAD JIWA MEMINTA BANTUAN FIRMA JOURDAIN SULLIVAN AND DE SOUZA. PERJANJIAN DIBATALKAN KERANA FIRMA ENGGAN MENYERANG BUGIS DI SELANGOR
•1786 – PERJANJIAN INGGERIS-KEDAH ANTARA SULTAN ABDULLAH DENGAN FRANCIS LIGHT
•1791 – SULTAN KEDAH DITEWASKAN OLEH FRANCIS LIGHT DI SEBERANG PERAI
•1800 – PERJANJIAN PERSAHABATAN DAN PERIKATAN ANTARA SULTAN DZIAUDDIN DENGAN GABENOR GEORGE LEITH. SHTI MENDUDUKI SEBERANG PERAI


SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1 :ZAMAN PRA SEJARAH




Zaman Prasejarah: iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam Tempoh masa bagi setiap zaman tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain bergantung pada tahap kemajuan
Zaman prasejarah di Malaysia - Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam
Penyelidkan terdahulu mendapati selepas Zaman paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam

Penyelidikan terkini ,Pusat Arkeologi Malaysia, USM membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik Ini disebabkan alat batu seperti batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal zaman Paleolitik

1. ZAMAN PALEOLITIK

Di Malaysia bermula kira-kira 200 000 – 300 000 tahun dahulu
Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik, alat repihan seperti alat batu penetak

I. Ciri Petempatan
a.Hidup berpindah-randah
b.Biasanya tinggal di kawasan terbuka(di luar gua), di dalam gua, & di sekitar tasik

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan
a.Memburu binatang liar
b.Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dll
c.Mengamalkan cara hidup sara diri
d.Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian

III. Lokasi di Malaysia

a. Bukit Jawa, kota Tampan, & Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
b.Gua Niah, Sarawak
c.Tingkayu, Sabah

2. Zaman Neolitik
Merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam & memelihara binatang ternakan. Di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu
Bukit Tengkorak, Sabah – tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia.Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu tetapi menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.Manusia pada zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

I. Petempatan
a.Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja
b.Tinggal di gua dan berhampiran sungai

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan
a.Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga
b.Bercucuk tanam
c.Menangkap ikan dan menternak binatang
d.Berburu dan memungut hasil hutan
e.Berdagang secara tukar barang
f.Menggunakan alat batu seperti beliung & pemukul kulit kayu

III. Lokasi di Malaysia
a.Gua Cha, Kelantan
b.Bukit Tengkorak, Sabah

3. ZAMAN LOGAM

a.Teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam
b.Zaman logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu
c.Manusia telah mencipta alat gangsa dan besi

I. Ciri-ciri petempatan
a.Hidup menetap
b.Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan
a.Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi
b.Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang
Kesimpulan

Penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di Tapak ekskavasi Bukit Jawa, Lenggong, Perak membuktikan sejarah Zaman Prasejarah di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak iaitu rangka unik yang dijumpai dengan kecacatan yang belum pernah dilihat pada zaman Prasejarah dunia
Kita patut mencontohi kegigihan & semangat berusaha masyarakat dahulu. Tanpa peralatan yang canggih & teknologi terkini, mereka mampu mencipta pelbagai peralatan daripada batu, gangsa dan besi yang menjadi asas teknologi kini Kegigihan, semangat berusaha dan daya kreativiti mereka perlu diteladani agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari.