CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar TINGKATAN 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. SELAMAT BELAJAR. SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN.

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

Monday, January 28, 2008

JEPUN SEBAGAI SEBUAH KUASA PENJAJAH


  • Menjelang tahun 1942, Empayar Jepun (Kyūjitai: 大日本帝國; Shinjitai: 大日本帝国; disebut Dai Nippon Teikoku; secara rasminya Empayar Jepun Agung) merangkumi sebahagian besar Asia Timur dan Asia Tenggara. Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan Pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja.

  • idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.

  • Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor dan pada masa yang sama satu lagi ketumbukan tentera telah menyerang Tanah Melayu.Tindakan ini menandakan penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

  • Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki . Pada tahun 1945 Jepun telah kehilangan keseluruhan tanaha jajahanya di Asia dan Pasifik.

  • 0 comments: